Pengenalan.
Malaysia
merupakan Negara berbilang bangsa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat,
kebudayaan, kepercayaan, bahasa dan kegiatan ekonomi. Pada tahun 2012 ini jumlah penduduk telah
menjangkau 28.3 juta orang penduduk. Oleh
itu, Bagi mewujudkan masyarakat harmonis dan prorgresif, nilai-nilai murni
seperti kesederhanaan, hormat menghormati, saling mempercayai, keikhlasan
adalah penting dan seharusnya menjadi amalan hidup bagi setiap warga Negara
Malaysia. Dengan ini, laporan
jawatankuasa kabinet 1979 yang mengkaji dasar pelajaran 1979 (pekara 36) telah
mengajukan pendidikan Moral dijadikan satu mata pelajaran wajib bagi pelajar
bukan islam manakala pendidikan islam diwajibkan dikuti pelajar beragama islam. Tujuan Pendidikan moral di sekolah adalah
untuk membantu pelajar-pelajar mempertimbangkan tingkah laku yang biasa
diamalkan kepada kebolehan membuat keputusan, mengambil tindakan moral yang
bebas dan tersendiri serta membolehkan mereka bertindak apabila menghadapi satu
situasi moral.
Pekara.
Namun
begitu,terdapat ugutan juga daripada murid yang menyatakan pendidikan moral ini
bosan, dan kurang berminat telah menjadi persoalan bagaimana boleh terjadi hal
seperti itu. Faktor pendorong pertama hal demikian adalah kerana mereka
beranggapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di
dalam kelas secara formal mahupun informal ini kerana mereka telah mendapat maklumat
awal moral yang telah diterapkan sejak mereka kecil hingga lah dewasa. Disebabkan hal tersebut, Pemikiran sebegini
lah menjadikan mereka merasakan yang pendidikan moral dianggap sudah tidak
penting diajar di dalam kelas lagi.
Selain
itu, maklumat pendedahan secara
terperinci mengenai tujuan pendidikan moral diajarkan di sekolah juga
berkurangan menjadi salah satu punca mengapa mereka tidak mengambil berat
tentang mata pelajaran ini. Tambahan lagi memang terdapat pengaruh daripada rakan sebaya juga telah mendorong
kepada penularan tidak berminat dalam mata pelajaran ini. Hal ini kebiasaaannya berlaku dalam satu
kumpulan iaitu sekiranya terdapat ketua atau rakan yang tidak mahu pelajari
mata pelajaran moral ini, maka pelajar lain pun akan turut serta sekali. Selain itu, silibus Pendidikan Moral yang
diajarkan oleh guru hanya mengajarkan pengajaran yang semua pekara serta
berulang-ulang dan telah diketahui serta pekara yang berlaku dalam kehidupan
seharian.
Oleh
hal demikian, mereka berasa bosan kerana terpaksa mendengar pekara yang sama
setiap kali proses pengajaran berlaku tanpa ada aktiviti yang mencabar minda. Selain itu, pada zaman moden ini, penyampaian
dan penerimaan maklumat dengan mudah dan cepat sudah mudah diperolehi tidak
kira masa dan tempat. Dengan ini, mereka
berfikir bahawa pengetahuan maklumat sebegini boleh dicari dalam kemudahan
teknologi iaitu internet Menurut shahrom
(2001), dunia sudah memasuki fasa terakhir gelombang ketiga yang bermula seawal
1950-an iaitu gelombang teknologi maklumat (IT ). Ledakan maklumat dan
teknologi telekomunikasi merupakan suatu gerakan antarabangsa untuk mewujudkan
perkampungan global.
“….jaringan teknologi informasi
yang berlaku dalam semua bidang kehidupan telah menjadi sesuatu yang
bersifat ‘transparan’ dan ‘maya’,
tatlaka tidak ada lagi kategori-kategori
moral yang mengikatnya,tatkala tidak ada lagi ukuran-ukuran nilai yang
mengikatnya…”
Selain
itu teknik pengajaran yang kurang berkesan dan tidak menarik yang disediakan
oleh guru. Chong Yee pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata
pelajaran pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan
waktu pendidikan moral sama untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan
aktiviti lain bukan akademik . Ini berpunca daripada ramai guru yang mengajar
pendidikan moral terdiri daripada mereka yang tidak membuat pengkhususan dan
kurang berminat untuk mengajar mata pelajaran atau tidak tahu kaedah yang
sebenar. Ini jelas menunjukkan didapati
sesetengah guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral ini tidak
menerima latihan kursus, ini dapat dilihat pada cara pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan iaitu secara sambil lewa dan tidak menitik
beratkan bahan pengajaran yang akan diajarkan di dalam kelas, seterusnya menyebabkan
keputusan mata pelajaran pendidikan moral jatuh merudun. Kesan jatuhnya markah pelajar ini menjadikan pelajar kurang
yakin dengan pengajaran guru, Impaknya, menambahkan lagi tahap kurang berminat
pelajar ke atas mata pelajaran ini.
Sama
juga keadaan apabila guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral yang
walaupun datangnya daripada guru yang
mendapat latihan perguruan tetapi berlainan opsyen, bertujuan bagi memenuhi ruang
kosong disekolah. Ini boleh terjadi
kerana konsep-konsep yang terkandung di dalam sukatan pelajaran ini adalah
abstrak dan guru sendiri akan menghadapi masalah untuk menterjemahkan konsep
dan nilai ini kepada pelajar. Malah menurut Nodding (1998) menjelaskan bahawa
sestengah guru yang membuat pengkhususan sesuatu mata pelajaran juga
kadang-kadang mempunyai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang masih
cetek.
Mata pelajaran ini diajarkan khusus untuk
pelajar bukan islam yang kebanyakkannya terdiri daripada bangsa cina dan india
tetapi guru yang ada kini di pasaran kebanyakan guru berbangsa melayu, Oleh itu
penyampaian pengajaran kepada pelajar kemungkinan juga tidak jelas disebabkan
ketidakfahaman bahasa secara keseluruhan seterusnya terlepas maklumat konsep
penting dalam mata pelajaran ini.
Berbanding pula masalah bagi guru yang bukan
berbangsa melayu pula menghadapi masalah penggunaan Bahasa Malaysia dengan tersekat-sekat semasa menyampaikan isi
pelajaran kepada pelajar, akibatnya
pelajar berasa bosan kerana tidak faham dan kurang berminat untuk mengetahui
secara mendalam pengajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam perspektif lain konsep pengajaran dan pembelajaran
yang bertujuan menyemai nilai-nilai moral diajarkan secara tradisioanal iaitu
hanya berpusatkan guru semata-mata tidak melibatkan pelajar juga menjadikan
pengajaran ini semakin membosankan tambahan lagi konsep pengajaran ini sudah ada
dalam diri mereka.
Guru tidak menggunakan pendekatan secara
pengalaman terhadap pembelajaran kerana pengajaran mata pelajaran ini
memokuskan pada konsep penting yang menyatukan pembelajaran dan kehidupan dan
bukannya hanya berfokuskan topik-topik yang tidak penting dan faedah yang
diperoleh hanyalah sedikit oleh pelajar.
Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) ,kita boleh merancang menghasilkan satu
kurikulum yang lengkap dan sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikan
kepada pelajar secara berkesan, maka usaha murni tersebut akan menjadi sia-sia.
Langkah mengatasi.
Kajian
semasa membuktikan bahawa pengetahuan kandungan guru merancang dan mengajar
sesuatu pengajaran. Dalam projek
penyelidikan The Knowlwdge in teaching
yang dipelopori oleh Shulman dan rakan-rakan meninjau pengaruh pengetahuan
kandungan terhadap keberkesanan pengajaran, Shulman (1987) Pelaksanaan pendidikan nilai dalam
mata pelajaran di sekolah amat bergantung kepada strategi di bilik darjah. Guru harus mengetahui dan menggunakan
pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran nilai yang sesuai yang baik
dibincangkan dalam bidang ini. Walaupun
ada pihak yang mendakwa nilai tidak boleh diajar, tetapi nilai sebagai satu
bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada umumnya boleh diajar dan perlu
dipelajari. Sebagai satu domain efektif, nilai boleh
dipelajari dengan pelbagai cara. Jika
aktiviti pembelajaran bersifat praktikal dapat dilaksanakan dengan melibatkan
pelajar, maka pembelajaran nilai akan menjadi lebih bermakna dan berkesan untuk
dikuasai pelajar. Pembelajaran nilai
yang bersifat pragmatik melibatkan proses membuat keputusan dan proses menilai
yang memerlukan pelajar berfikir secara rasional dan objektif. Tanggungjawab
guru pendidikan moral bukan sahaja meningkatkan keupayaan berfikir tetapi meliputi
semua potensi pelajar seperti dihuraikan konsep. Dengan ini, guru harus peka
kepada keperluan pelajar.
Pendekatan dilema moral sebagai
contoh akan juga mendedahkan pelajar kepada kecekapan dan kemahiran dalam
membuat pertimbangkan dalam membuat keputusan.
Pelajar juga dikehendaki prihatin terhadap tindak tanduk mereka,
terutama yang melibatkan soal-soal emosi.
Pendekatan pembelajaran reflektif, inkuiri penemuan, self-realization, taakulan nilai, kaedah
renungan, meditasi, diari kemoralan, penilai kendiri boleh digunakan bagi
menimbulakan kesedaran dan keinsafan di kalangan pelajar. Kaedah-kaedah seperti syarahan, brainstorming, kaunseling kelompok,
perbincangan kumpulan boleh memberi kesan tertentu kepada pembelajaran afektif
dan nilai. Penyampaian mesej yang
berkesan tentang maklumat mengenai soal dan isu kemoralan, etika, nilai, dan
akhlak amat penting. Ini bagi
membolehkan generasi muda mempelajari sesuatu yang bermakna dan bernilai
sebagai satu proses pembentukan.
Menurut Downey dan Kelly (1982) menengaskan
tentang kepentingan guru untuk bertanggungjawab dan memberikan perhatian
terhadap apa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
moral. Oleh itu, penggubalan bahan meliputi bahan bacaan, bahan rujukan, bahan
pengajaran dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru khususnya pendidikan
moral mestilah berubah untuk memantapkan perkembangan pengajaran guru di dalam
kelas. Guru seharusnya meluaskan penggunaan pelbagai bahan yang berdasarkan
kepada isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara. Pengantungan buku teks semata-mata akan
menyebabkan guru tidak peka kepada perlunya bahan pengajaran lain untuk
membaiki kualiti pembelajaran di sekolah.
Ketandusan nilai-nilai murni dan unsur-unsur pengajaran dalam bacaan matapelajaran
di sekolah hambar ;fakta-fakta kaku,beku dan tidak menarik perhatian pelajar.
Menurut
Abdul Rafie Mahat (2001) Kelemahan pengajaran guru pula dipengaruhi oleh
pelbagi faktor seperti tahap kecekapan, masalah penilaian moral, kekurangan
minat dan komitmen guru, ketidakserasian nilai iaitu masalah incompatibilities of values di sekolah dan luar sekolah. Oleh itu, pelbagai cara telah diambil untuk
meningkatkan tahap profesionalisme guru.
Misalnya dalam rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) R1996-2000, kerajaan
telah mengambil beberapa langkah untuk meninggikan tahap kecekapan guru seperti
mempertingkatkan semangat berpasukan dan pencapaian guru dengan menyemak semula
skim perkhdmatan dan memberikan insentif yang sesuai serta mengenalpasti
ganjaran dan pengiktirafan sebagai dedikasi kepada guru-guru untuk meningkatkan
kebajikan mereka keseluruhan. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1996:hlm.3)
Terdapat
sesetengah masyarakat mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep moral serta
cara-cara membuat penaakulan kan diperolehi oleh pelajar-pelajar dengan
sendirinya menerusi pengalaman yang diterima dirumah dan disekolah. Jika hal itu benar, kenapa kita perlu
mengadakan satu program pendidikan moral yang formal disekolah.? Walaubagaimanapun,
perubahan gaya hidup di kalangan pelajar kini berlaku dengan ketara kerana pelajar ini dialuri dengan perubahan
sosial. Perubahan sosial remaja telah
mengubah nilai dan tradisi hidup tradisional.
Kemunculan nilai-nilai baru dalam sistem masyarakat remaja telah
membentuk satu budaya seronok bertentangan dengan budaya masing-masing. Oleh hal demikian, perubahan terhadap nilai
hidup juga telah bertukar gaya pemikiran pelajar terhadap diri dan orang lain
di sekelilingnya
Kini,
betapa penting nilai akhlak dan pendidikan moral hingga boleh menjadi faktor
penentu jatuh bagunnya sesuatu kaum,
bangsa ataupun Negara. Ia menjadi
penentu hala tuju sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai
kemanusiaan. Petikan sebuah syair
berbunyi (Mohd. Kamal,1988) ;
“Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama
akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya sudah
rosak, sirnalah bangsa itu.”
Sebagai
rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan yang
baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ewing
(1990) melaporkan bahawa kelemahan moral di kalangan kanak-kanak dalam
melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa pekara itu
salah tetapi berpunca dari tiadanya perasan terhadap kebajikan orang lain. Oleh
itu, perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal
kehidupan individu itu. Dan manakah lagi
tempat yang lebih sesuai selain sekolah disemai benih yang baik iaitu daripada
sesebuah insitusi kekeluargaan. Ia
seperti melengkapi sebuah kereta kebal lengkap dengan perisai sebelum melangkah
ke medan perang.
Rujukan.
Abdul
Rahman Abd.Rashid (2001) .Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala Lumpur :Utusan
Publications
& Distributors Sdn Bhd.
Abu
bakar (2006) Tahap keberkesanan Pendidikan Moral. Perak :Fakulti Sains Kognitif
dan
Pembangunan
Manusia.
Hena
Mukherjee (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Selangor :Fajar
Bakti
Sdn
Bhd.
Abd.Shatar
Rahman (2007). Pengetahuan Kandungan Pedagogi Guru Pendidikan Moral
Tingkatan
Empat Di Sebuah Sekolah. Tesis Doktor
Falsafah :Universiti Malaya.

No comments:
Post a Comment