Thursday, 29 December 2011

AL-Qur’an Dan Islam Dari Kacamata Barat




 
Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” 
(Surah Al-Isra’ 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” 
(Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Orientalis menakut-nakutkan dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika golongan ini mengkaji al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil, menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.

Apabila perkara ini diketahui, orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta memberitahu bahawa al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka. Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya al-Quran tidak diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta boleh dipraktikkan.

Barat akan berasa takut dan gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia Islam.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.” 
(Surah Ali Imran: 110)

Media Timur dan Barat berusaha menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim, fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.

Islam pada anggapan mereka adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.

Sebahagian masyarakat Islam telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajukAzmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam khasnya.

Di setengah negara Islam sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam. Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.

Politik orientalis yang menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” 
(Surah Al-Baqarah: 120)

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.” 
(Riwayat Muslim)

Biduk berlalu kiambang bertaut, walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.

Edward Gibbon

Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:

“Al-Qur’an itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan soal kejiwaan.”

Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Qur’an berdasarkan fahaman yang benar.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” 
(Surah Al-Hijr: 9)

Ayat ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.

Al-Quran Menjelaskan Banyak Fakta Fenomena Kini




Pengenalan

Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” 

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.
(An-Nahla 16:89)

Bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran”

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am 6:38)

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilangan lebah madu.

Al-Quran Menjelaskan Technology ICT

Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11). 

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1) Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2)Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4) (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9) Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11)
Az-Zaariyat (51:1-11)

Terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?

Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan

Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan telefon bimbit sebagai penyebab utama. Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahla : 69)

Dan sarang-sarangnya mestilah di tempat tinggi (16:68)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(An-Nahla : 68)

Untuk lebih memahami sila rujuk : Urutan Perkataan madu di Dalam Al-Quran

Quran Jelaskan Penyakit Barah

Makan kurma bersama anggur baik untuk mencegah barah

Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga bimbang terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan telefon bimbit, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah barah. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?

Allah Melarang Berfikir Cara Induktif

Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37)

Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)? (35) Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (36) Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (37)
(Yunus:35-37)

Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?

Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (115) Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (116)
(Al-Anaam:115-116)

Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif

Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dan sebagainya).

Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)?

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisa:43)

Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir? (rujuk: solat dan Gelombang Theta)

Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik

Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?

Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?

Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (lanjut di sini: Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74).

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
(Al-Hijr:74)

Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi.

Sistem Pentadbiran Islam

Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41)

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Al-Hajj:41)

Dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33).

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(Fussilat:33)

Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?

Siapa Yang Sebenarnya “AMIL”?

Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?

Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?

Amalan Solehan

Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju. Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?

Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220).

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat. Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqara:220)

Atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).

Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiya:90)

Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka. Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin.

Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?

Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang bermutu rendah. Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahu mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?

Misteri Yang Masih Belum Terungkai




Haiwan Di dalam Batu


Pada 1821, ketika memecahkan sebuah
batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?


Kecacatan Binatang Ternakan


Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata. Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah ajaran sesat,
makhluk asing, eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat penemuan haiwan) dan wabak merbahaya.



Dengungan Misteri


Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang. Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993 yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu masih lagi menjadi misteri. Satu teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.




Bebola Kilat


Pada Januari 1984, bebola
kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang. Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya. Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.



Cahaya “Hantu”


Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas.
Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi. Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri. Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan kewujudan hantu.


Awan Aneh


Pada September 1814 di Agen, Perancis,
kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini.

Hujan Ikan


Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta
ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku. Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?

Crop Circle

Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.


Letupan Tunguska

Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.



Rods


“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini adalah
serangga dan hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, serangga ini berbentuk silinder, terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang. Ia juga dinamakan "ikan terbang".

Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2011/11/misteri-yang-masih-belum-terungkai.html#ixzz1hukKWNFA

IKhLaS LeBiH HeBaT DaRi TaUFaN

 

Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,diperingkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi.


Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat.

Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi.Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada TUhan apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.

Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan api?Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angina adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air.Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan angina tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut diatas.Dia aialah seorang yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang,dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.

Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku kepada masyarakat kini,apabila mereka menderma suka menunjuk-ninjuk.Mereka cipta replica cek berukuran besar untuk dipamerkan dikhalayak ramai,sama ada melalui siaran akhbar atau tv tujuannya tidak lain dan tidak lain hendak berbangga dengan riak.

Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan didalam api neraka kelak.

beri HATIMU hanya untk ALLAH,pasti ALLAH temukan pdmu pemilik HATI terbaik,hamparkan MASAMU seluasnya hanya ntok ALLAH,pasti ALLAH aturkan KHIDUPANMU dgn baik....