Wednesday, 28 September 2011

suka2...heheheh


Kelas yang  tadi bercempera tiada guru, kini
  menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang
  paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.

  Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada
  Shamsudin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran
  cikgu ini.

  Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

  Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
  sahaja? Petang dan malam awak doakan saya
  tak selamat?

  Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam
  cikgu!

  Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
  orang!
  Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
  bermakna.
  Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
  keadaan.


  Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

  Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
  baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
  perkataan
  berlawan. Bila cikgu sebutk perkataannya, kamu
  semua
  mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi
  perkataan-perkataan itu, faham?

  Murid-murid: Faham, cikgu!

  Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

  Murid-murid: (senyap)

  Cikgu: Pandai!

  Murid-murid: Bodoh!

  Cikgu: Tinggi!

  Murid-murid: Rendah!

  Cikgu: Jauh!

  Murid-murid: Dekat!

  Cikgu: Keadilan!

  Murid-murid: UMNO!

  Cikgu: Salah!

  Murid-murid: Betul!

  Cikgu: Bodoh!

  Murid-murid: Pandai!

  Cikgu: Bukan!

  Murid-murid: Ya!

  Cikgu: Oh Tuhan!

  Murid-murid: Oh Hamba!

  Cikgu: Dengar ini!

  Murid-murid: Dengar itu!

  Cikgu: Diam!

  Murid-murid: Bising!

  Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

  Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

  Cikgu: Mati aku!

  Murid-murid: Hidup kami!

  Cikgu: Rotan baru tau!

  Murid-murid: Akar lama tak tau!

  Cikgu: Malas aku ajar kamu!

  Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

  Cikgu: Kamu gila!

  Murid-murid: Kami siuman!

  Cikgu: Cukup! Cukup!

  Murid-murid: Kurang! Kurang!

  Cikgu: Sudah! Sudah!

  Murid-murid: Belum! Belum!

  Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

  Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

  Cikgu: Oh! Melawan!

  Murid-murid: Oh! Mengalah!

  Cikgu: Kurang ajar!

  Murid-murid: Cukup ajar!

  Cikgu: Habis aku!

  Murid-murid: Kekal kami!

  Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

  Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

  Cikgu: Sudah, bodoh!

  Murid-murid: Belum, pandai!

  Cikgu: Berdiri!

  Murid-murid: Duduk!

  Cikgu: Saya kata UMNO salah!

  Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

  Cikgu: Bangang kamu ni!

  Murid-murid: Cerdik kami tu!

  Cikgu: Rosak!

  Murid-murid: Baik!

  Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari
  ini!

  Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

  Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-
  bukunya keluar.)

  Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-
  murid
  berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
  mereka telah keluar.
  Walaubagaimanapun,mereka merasa bangga
  kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
  cikgu tadi, tetapi esok masih ada.

  Cikgu itu pasti akan datang lagi......

  kHoKhOkHokHo!!

Wednesday, 21 September 2011

4 malaikat hadir kepada kita

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :

"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.
[Image: 11-Jenis-Manusia-Yang-Akan-Menerima-Doa-...i.com_.jpg]


Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah

Tuesday, 20 September 2011




Jika engkau tidak mendapati seseorang yg bisa membahagiakanmu,maka berusahalah untuk membahagiakan dirimu sendiri,
Jgn engkau biarkan dirimu dimangsa oleh kesedihanmu dimalam2 yg gelap,
Mulailah kehancuran diri sebagai awal mimpi yg baru,
Jadilah orang yg percaya bahwa jika engkau terjatuh dlm sebuah lubang,engkau pasti akan keluar darinya dgn lebih kuat dr sebelumnya,dan للّهُ”.bersama dgn orang2 yg sabar…
Demikianlah aku memahami hidup....
=============================================================
Tahukah kalian semua bahwa Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih kepada seorang wanita serta tidak keluar berdua-duaan dgn wanita yg bukan muhrim,sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.
Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita akan tetapi lelaki itu takut dan malu dgn للّهُ”,takut akan dimurka للّهُ”.
=============================================================
Tatkala jatuh cinta pada seseorang ikatlah hatimu dgn seerat-eratnya,
Simpulkanlah ia dgn simpulan mati,yg hanya dapat dibuka bila waktunya tiba,
Sebelm mengorak langkah lebih jauh dgnnya, cukuplah cintai ia dlm diam karena diammu bukti cintamu padanya,
kau ingin memuliakanya dgn tidak mengajaknya menjalin hubangan yg trlarang karena diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya,
menghindarkan dirinya dari perkara yang merusak izzah dan iffahnya..
=============================================================
Berterimakasihlah pada orang yg telah melukai hatimu,karena dia telah membuatmu kuat,
Berterimakasihlah pada orang yg telah membohongimu karena dia telah membuatmu lebih bijaksana,
berterimakasihlah pada orang yg telah membencimu karena dia telah mengasah ketegaranmu,
berterimakasihlah pada orang yg mengecewakanmu karena dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas,
berterimakasihlah pada orang yg menjaga dan mengerti semua keadaanmu karena disitulah Rahman للّهُ” ada bersamamu.
~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~

Sunday, 18 September 2011

Erti kepayahan bagi diri ku...









kepayahan agak sulit kita halangi apabila hilang arah punca kekuatan sendiri...
bagi saya,kepayahan la ukuran seseorang untuk maju ke hadapan,kita sedar bahawa kita xmudah untuk tempuh semua ini tetapi kenapa kita bongkak dan angkuh untuk menadah tangan memohon dipermudahkan segala urusan..tidak kira urusan dunia mahupun akhirat...Mmg betul semua kata sabar..dalam Al-quran juga banyak memperkatakan mengenai sabar..dan disini juga telah sertakan iaitu...
  janji Allah di dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

“Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu.” (Al-Insaan:24)

tetapi bukankah kita juga sebagai hamba ALLAH yang hina dan tidak mengenal erti,haruslah juga berusaha mencari jalan penyelesaian sendiri kemudian baharu kita redha dan tawakkal..kita harus berubah...kita sendiri yang harus berubah bukan orang lain..Namun begitu,kita juga ialah insan yang sangat lemah..kadang-kadang akan mengeluh dan menyalahkan takdir dalam menghadapi ujian ini...dalam ceramah dalam radio ustaz tu cakap kalu kita diuji sebenarnya ALLA S.W.T tu rindukan kita....ALLAH menyeru supaya kita banyak mengingatiNYA..seprti Solat 5 waktu,berzikir dan sebagainya..ALLAH sayangkan kita,sesungguhnya ALLAH tahu apa yang kita tidak ketahui...ALLAH akan bagi apa yang terbaik untuk kita dan bukan bagi apa yang kita mahukan...




 Adakah anda juga bersetuju...:)



kenapa kita perlu menangis??


Sebenarnya kenapa kita menangis??cuba tanya diri anda sendiri...
tapi banyak faedah yang kita perolehi, antaranya air mata yang keluar ni boleh membuang bahan kimia yang berada pada badan kita.

Tapi tahukah anda , biasanya orang perempuan lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki..
Sbb tu la,tempoh hayat permpuan lbih lame berbanding lelaki.. sbb, bhn kimia da bnyk kuar melalui air mata.. hehe..

Nape lelaki ssh nak nangis?..
Sbb ego n tak mau dikatakan lemah..
hehe..(jgn marah ye,kaum adam )
tp itulah faktanya..

Menangis juga bleh menenangkan jiwa kita..
kajian mendapati, 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega lepas nangis..
jd, menangislah apabila keadaan mengharuskan kita untuk menangis..
chey wah..
jgn tahan.. nanti diri sendiri gak yang merana..

Sebagai seorang muslim juga,kite digalakkan untuk menangis dalam keadaan tertentu seperti, menangis kerana mengenangkan dosa yang lalu dan bertaubat memohon ampunan daripadaNya..

Rasulullah s.a.w bersabda :
" Diharamkan neraka bagi mata yang menangis kerana takut kepada Allah Taala.."
( Riwayat al-Hakim, no.2432 )

Selain itu, alirkanlah juga air mata kita ketika sujud dan khusyuk dalam doa.. Letakkanlah sepenuhnya pengharapan dan pergantungan kita hanya pada Ilahi..
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-isra', ayat 109 ada menyebut :
"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk "

Jadi..
Andai kita menangis..
bukan bererti kita lemah..
tp,ianya adalah sebagai satu penawar bagi hati...

Andai kite menangis..
bukan bermakna kita gagal..
tp,ia adalah satu titik mula
kepada satu kejayaan yang penuh bermakna...
=)

Menangislah jika perlu..
kerana air matamu begitu berharga...

"Salam muhasabah..

Saturday, 17 September 2011

pengajaran mengajar erti siapa kita...

tetapkan la jiwa mu...
paksala hati untuk percaya,bahawa setiap kejadian yang menimpa ada hikmahnya..
walaupun pahit untuk telan semua kata-kata yang lahir dari perkataan...
menangis la...luahkan la...
sebenarnya,apa yang terjadi mengingatkan bahawa kita lupa akan NYA..
kita Alpa dengan permainan dunia..
betul orang cakap   "gembira hanya sekadar 5 minit sahaja ,tetapi merana untuk sepangjang hidup kita"
nasi sudah menjadi bubur...
patah la jalan yang salah..kejarla jalan yang benar..
tinggallah segala kepahitan,Bangkitla....
mulakan kehidupan kita...jangan sesekali berpaling masa yang lalu...
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.


lakukanlah

Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan

cubalah....


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah
jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakanwaktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramalkerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda ituakan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

senyum kerana bersyukur

kata terluah dari senyum tertaut..
hati merintih pada mata yang buta...
jangan diulang pekara yang lepas...
belajarla untuk terima,
Insyallah,dipermudahkan....