Sunday, 27 October 2013

bertudung labuh.^__^




Pernah tak sahabat-sahabat sekalian nampak muslimah yang bertudung labuh dan timbul satu perasaan yang aneh. Rasa macam nak tengok je muslimah yang bertudung labuh tu. Ada? Jika ada, Alhamdulillah, itu tandanya, masih ada iman dalam hati sahabat-sahabat sekalian ^_^


Tudung labuh. dua perkataan yang senang disebut. Apa sebenarnya pandangan sahabat-sahabat sekalin tentang wanita-wanita yang bertudung labuh ni? Daripada pengalaman saya, inilah yang mereka fikirkan tentang wanita bertudung labuh<termsuk syer..hihi.


  • tudung labuh ni untuk orang alim je. aku ni, ilmu agama cetek sangat lah. tak sesuai nak pakai tudung labuh. ala asal pakai tudung. dah la.
  • perasan tak? orang pakai tudung labuh ni yang banyak terlanjur, buang anak semua? orang tak pakai tudung, pakai tudung fashion ni yang lebih baik dr yang pakai tudung labuh. perasan?
  • tudung labuh? apa class! kuno doh! macam orang kampung.
  • alaa kalau pakai tudung labuh, tak boleh dah nak jadi gila-gila, kena control ayu 24 jam. tension la
  • uish! tak panas ke pakai tudung labuh ni?
  • Eh, kau nampak gemuk la pakai tudung labuh! tuka la wei!
  • Kau pun dulu jahat, Ya Allah, lebih jahat daripada aku. tup tup berubah macam ni. apa kes? nak mati dah ke?


Astaghfirullahazim! Kenapa mesti ada fikiran sebegini dalam fikiran umat islam zaman sekarang? Cuba bayangkan, Andai Nabi Muhammad s.a.w masih ada? Tidakkah anda merasa nabi akan merasa kecewa dengan kita? Bukankah tudung labuh itu melindung kita?

Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Tidak dinafikan, anggapan tudung labuh untuk orang yang hanya tinggi ilmu agamanya namun firman Allah telah nyata. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."  Cuba sahabat sekalian perhatikan, kaum adam akan mengacau wanita yang bagaimana? Perasan bukan, kaum adam hanya akan mengacau wanita yang seksi, yang pakai tudung tetapi tidak sempurna dalam menutup auratnya. Maaf andai pandangan saya salah, tapi dari apa yang saya perhatikan, itulah yang terjadi. Kaum Adam tidak akan berani menegur wanita yang bertudung labuh malah ada yang saya lihat, kaum Adam akan menundukkan pandangannya ketika melewati atau bertemu wanita bertudung labuh. SubhanAllah, sayangnya Allah pada kita wahai muslimah sekalian. Bukalah mata mu itu. Allah amat menjaga kita yang bergelar wanita!

Hmm. Ada juga yang beranggapan wanita bertudung labuh inilah yang sering berzina, membuang anak. Ya! tidak dinafikan ada segelintir begitu. tapi JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA! tidak semua wanita bertudung labuh begitu! Begitu juga contohnya buah cempedak, tidak semua diluarnya nampak masak ranum, ada juga yang buruk dan hitam namun dibuka dan dilihat isinya, kuning dan apabila dimakan, manis sekali rasanya. Sebaliknya juga boleh berlaku. Janganlah bersangka buruk dengan apa yang tidak kita ketahui.

Pakai tudung labuh kena control ayu? Tak boleh jadi gila2? Allah telah berfirman Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an_Nuur: 31) Wanita islam bukanlah perlu mengontrol ayu atau sangaja mahu berlagak ayu. Tapi itu adalah perintah daripada Allah. Dan saidatina Aisyah r.a ada juga berpesan "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"  Namun, untuk menjadi gila-gila, ketawa yang tidak melampau adalah dibolehkan apabila bersama dengan hanya kaum-kaum hawa. Apabila sesama kaum hawa, bergembiralah, ber 'gila-gila' lah kalian. Namun tidak sehingga melupakan Allah ye sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. hihi ;)

Tudung labuh panas, nampak gemuk, itu semua adalah bisikan syaitan semata-mata yang disampaikan melalui manusia seperti yang tertulis dalam surah An-Nas yang bermaksud "yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari golongan jin dan manusia" Ketahuilah sahabat sekalian, sesungguhnya ramai manusia sekarang yang bertopengkan syaitan hanya untuk melemahkan kita daripada mengikut ajaran islam yang benar dan tiada agama yang benar melainkan islam. Berhati-hatilah sahabat!

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Dan pasti akan diperingatkan oleh Allah tentang apa yang kita lakukan itu adalah salah sama ada kita menyedari atau tidak menyedarinya. Saya juga pernah melampaui batas pada diri saya. Saya juga pernah menyangka wanita bertudung labuh ini tidak seindah tudungnya. Saya juga bukan seorang yang tinggi ilmu agamanya. Tetapi, Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk mencari cintanya dan cinta kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w, berjumpa wanita-wanita solehah yang amat menyejukkan mata, menyejukkan hati dan sentiasa mengingatkan saya kepada Allah.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu. kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan. -Imam Hassan Al-Basri-



Usah dipedulikan kata-kata manusia, ingat wahai sahabat, "PANDANGAN ALLAH LEBIH PENTING DARIPADA PANDANGAN MANUSIA" Saya juga pernah merasakan sakitnya untuk melakukan perintah agama kita iaitu islam suatu ketika dahulu dengan kata-kata manusia yang mahu menjatuhkan semangat saya. Saya juga pernah tersungkur, saya juga pernah teralpa dengan nikmat dunia yang penuh dengan penipuan ini, namun Allah amat menyayangi saya, DIA memberikan pengajaran buat saya. Jadi sahabat, janganlah pernah bersangka buruk kepada Allah. sesungguhnya Allah telah Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216. “boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Sama-sama kita berubah kejalan kebaikan. mulakan daripada bawah dan InsyaAllah kita akan jadi yang tertinggi dimata Allah.  InsyaAllah. Allah itu tinggi dengan sifat pemaafnya. MARILAH KITA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH AKHIR ZAMAN , WANITA SERIKANDI ISLAM. Ubah pandangan masyarakat tentang wanita bertudung labuh ini tidak indah seperti rupanya. Mari! ubah pandangan itu. Jaga diri, Jaga akhlak, Jaga hati, Jaga iman. Allah sentiasa menjaga kita. InsyaAllah.

betul ke cicak perlu dibunuh??



saya ingin menjelaskan kepada anda yang sering kali membunuh cicak dengan kata “Bunuh cicak itu sunnah.” Saya tidak menolak bahawa bunuh cicak itu sunnah, namun persoalannya “Cicak mana yang harus anda bunuh?”
Dari Abu Hurairah ؓ , dia berkata : Rasulullah  bersabda :

Barangsiapa membunuh wazagh(cicak) dalam pukulan pertama, maka ia memperoleh sekelian kebaikan, barangsiapa membunuhnya dalam pukulan kedua, maka ia memperoleh sekelian kebaikan tetapi di bawah yang pertama. Kemudian kalau dia dapat membunuhnya dalam pukulan ketiga, maka ia memperoleh sekelian kebaikan.”
Dalam riwayat lain disebutkan :
“Barangsiapa yang membunuh wazagh(cicak) pada pukulan pertama, maka dicatatlah untuknya seratus kebaikan dan dalam pukulan kedua kurang dari itu dan dalam pukulan ketiga kurang dari itu.”
[HR Muslim : 2240]
Nanti dulu, jangan anda ambil lestik untuk bunuh cicak sekarang.
Ahli bahasa Arab berkata : arti wazagh(dalam hadis asal arabnya, namun saya tidak sempat mahu menulisnya di sini) ialah sejenis sam abrash(cicak blirik) yang lebih dikenali dengan nama tokek. Jadi bukan cicak yang lazim berada di rumah kita ini. Lihat dalam Riyadhus Salihin. Nah, cubalah anda cari cicak tokek(seperti gambar di atas) ini dan bunuhnya, insha-Allah anda dapat kebaikan. Dan bukannya di rumah anda itu ya. Lihat Riyadhus Salihin. Wallahu alam.

Mengapa Bunuh Cicak Ini?


Dari Ummu Syarik bahawa Rasulullah memerintahnya untuk membunuh cicak dan beliau bersabda:

"Cicak itu dahulu pernah meniup api (yang membakar ) Ibrahim."
[HR Bukhari (3359) dan Muslim (2237)]

Friday, 15 March 2013

penat untu berdoa....ak semakin lemah


dah penat........


Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.

Kecewa?

Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"

Putus asa?

Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.
Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran: 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?
Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: ayat 139)
Wallahu'alam.

Friday, 15 February 2013

perbezaan antara rindu,sayang dan cinta



Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta | Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

PERBEZAAN SUKA, SAYANG DAN CINTA

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

cara hilangkan rasa sedih.....



1. LATIH MINDA MELUPAKAN KENANGAN PAHIT

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. BUANG SIKAP RISAU. 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. BELAJAR RAJIN BERSYUKUR. 

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. BELAJAR MENJADI PEMAAF

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. KETAWA, KETAWA DAN TERUS KETAWA

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. UBAH FIKIRAN 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. HATI MESTI ‘KERAS’ 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. >andai ak mampu.

8. JANGAN LUPA ALLAH

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

andai dia tahu.....

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.




KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Thursday, 8 November 2012

huraian jurnal


SCENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT):TREND, HALA TUJU DAN MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA ISLAM.
Jurnal ini menjelaskan mengenai scenario pendidikan moral  dan impaknya dalam kalangan masyarakat  Melayu  pada zaman teknologi komunikasi ict  di era globalisasi yang berfokuskan   trend,hala tuju dan model pendidikan moral dalam keluarga islam masyarakat melayu.  Penulis berpendapat bahawa agama islam dalam masyarakat melayu sudah hampir kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran.  Ini dapat dilihat apabila masyarakat melayu semakin meminggirkan cara hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Globalisasi hadir dengan membawa fenomena dengan pakej isme yang bertali-tali.  Isme-isme inilah yang menyerang dan meresap ke seluruh superstruktur, struktur dan sendi-sendi kehidupan manusia khususnya ke dalam institusi keluarga. Apabila pekara sebegini berlaku, ini menjadikan hala tuju institusi keluarga semakin berat tanggungjawab dan mencabar dalam menghadapi zaman globalisasi ini.    Fenomena ini juga telah membawa impak kepada pendidikan moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang berfokuskan kepada keluarga islam iaitu institusi keluarga.  Ini dapat dilihat apabila pelbagai pengaruh isme ‘hadir’ke dalam masyarakat Melayu  menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT), ini disokong juga dalam buku berjudul Future Shock (1970),oleh Toffler iaitu membayangkan perubahan pesat dalam teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi,keruntuhan institusi keluarga akan menyebabkan berlakunya kejutan budaya kepada masyarakat maju dan juga kalangan masyarakat membangun. Kesan sosial-moral ini telah memberi kesan yang amat parah sehingga telah meresapi  jiwa dan jati Melayu sama ada di Bandar ataupun luar Bandar. Jika dilihat statik peningkatan kes  masalah sosial ini, membuktikan bahawa sememangnya masyarakat  Melayu ini kini berada di tahap yang sangat membimbangkan. Perubahan-perubahan sosial ini merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar pembangunan pertumbuhan teknologi.  Menurut Nel noddings (1992) dalam buku Ghazali dan Yusfarina (2001) menyatakan bahawa faktor kelemahan pendidikan moral berpunca dari ‘shallow education response to deep social change’.  Menurut beliau ‘deep social change’ ialah pola pekerjaan, ketidakstabilan rumah tangga, gaya kehidupan dan keluarga yang mementingkan keseronokan, tabiat yang lebih cenderung bersifat lucah dari segi berpakaian dan cara bercakap serta bertingkah laku.  Perbandingan boleh dilihat antara scenario pendidikan moral dalam masyarakat melayu pascamoden dan moden kini. Masyarakat melayu pascamoden iaitu sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya Melayu yang belum lagi dicemari oleh kebudayaan barat.  Pada zaman itu juga,  Pendidikan moral Melayu tidak terpisah daripada ajaran islam.  Contohnya, pada zaman pemerintahan kesultanan melayu dipengaruhi sistem sosial dalam masyarakat melayu iaitu para ulama dan guru-guru agama memainkan peranan memberi kesan terhadap sesebuah institusi. Peranan masyarakat juga turut menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan moral seisi keluarga.  Selain itu juga, sebelum kedatangan pengaruh luar,masyarakat melayu sangat terkenal dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi serta terpuji.  Namun kini, masyarakat Melayu sudah cacamarba kerana mereka lebih mementingkan faktor-faktor dalaman seperti taraf pendidikan, budaya hidup keluarga,kawasan tempat tinggal,taraf hidup dan sebagainya.  Oleh hal, demikian peranan ibu bapa sebagai pendidik moral dalam keluarga dilihat sangat lemah, tidak jelas dan terhakis dalam institusi keluarga.  Hal ini kerana kurangnya pengetahuan dalam pendidikan moral yang tidak berasaskan islam sebenar.  Contoh lain ialah pendidikan moral melayu yang dianggap bersifat peribadi, sahaja kerana sudah hilang nilai silaturahim dan suka tolong menolong di kalangan masyarakat. Disamping itu juga terdapat pengaruh asing yang lilihat sangat berbahaya kepada masa depan beragama masyarakat Melayu yang kini telah diresapi elemen kehidupan permodenan dalam pelbagai aspek seperti berekonomi, berpolitik bersosial dan beragama. Kesan negatif daripada pengaruh dunia yang berbentuk materialistik serta modenisasi ini menyebabkan  ibubapa sehingga semakin lupa akan tanggungjawab keluarga.  Tatkala pengaruh modenisasi ternyata begitu cepat menular ke seluruh kehidupan bermasyarakat khususnya institusi keluarga.  Institusi keluarga kini semakin goyah dan parah.  Buktinya, sejarah telah bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas nama modenisasi dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nucklear family). Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat melayu islam tiada pilihan lain, melainkan menghadapi dengan segala persediaan kekuatan jati diri dan berusaha untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam institusi keluarga adalah merupakan institusi yang paling utama dalam menyalurkan perubahan positif.   Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalamalam dewasa. Disamping cabaran pendidikan moral semakin dihimpit dengan nilai materialism dan hendonisme, institusi keluarga harus berkerja keras memainkan peranan dalam mengembalikan jati diri masyarakat islam yang sebenarnya.  Oleh hal demikian, disinilah perlunya peranan institusi sosial yang lain dalam melaksanakan konsep kawalan sosial.  Kawalan sosial iaitu terdiri daripada tanggungjawab dari setiap anggota masyarakat.  Menurut Kamal (1989) berdasarkan model yang dipaparkan maka boleh dilihat seperti yang diutarakan oleh al-Ghazali dan Rousseau dalam Emile bahawa keluarga itu tunggak kepada pendidikan dalam moral masyarakat.  Menurut beliau lagi, dalam model pendidikan moral keluarga melayu islam perlu ada lima pekara iaitu sesebuah keluarga harus menjadi ‘the driving force’ dan memberikan ‘guiding ideas’ kepada anak-anak tambahan lagi di zaman ICT ini kerana pengetahuan anak-anak mestilah melengkapi ilmu akhirat dan duniawi.  Sehubungan dengan itu,  Ibubapa mestilah berpengetahuan yang tinggi mengenai teknologi pengkomputeran serta berupaya melayari internet dalam memberikan mereka contoh mudah dalam kehidupan.  Disamping itu ibubapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak mengenai bagaimana menghadapi perubahan dan cara untuk menangani, dan bukan hanya mengarah tanpa mempraktikkan kepada anak-anak.  Selain itu, ibubapa harus dijadikan diri mereka sebagai penjana kreativiti emosi untuk memantau maklumat yang anak-anak terima tambahan lagi pada zaman ICT ini. Seterusnya, bagi melahirkan institusi keluarga yang cemerlang dalam keluarga mesti bijak dalam ‘family management’ iaitu kebiasaanya ibubapa biarkan anak-anak sendiri belajar mengurus keluarga melalui ‘trial and error’ atau ‘ far-end technique’ tanpa memberikan panduan.

Penutup.
Rumahtangga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk membimbing anak-anak.





                                                                                                                                        









Rujukan.
https://docs.google.com jurnal masyarakat melayu islam.  Diambil pada 06 nov 2012.