Thursday, 8 November 2012

huraian jurnal


SCENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT):TREND, HALA TUJU DAN MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA ISLAM.
Jurnal ini menjelaskan mengenai scenario pendidikan moral  dan impaknya dalam kalangan masyarakat  Melayu  pada zaman teknologi komunikasi ict  di era globalisasi yang berfokuskan   trend,hala tuju dan model pendidikan moral dalam keluarga islam masyarakat melayu.  Penulis berpendapat bahawa agama islam dalam masyarakat melayu sudah hampir kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran.  Ini dapat dilihat apabila masyarakat melayu semakin meminggirkan cara hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Globalisasi hadir dengan membawa fenomena dengan pakej isme yang bertali-tali.  Isme-isme inilah yang menyerang dan meresap ke seluruh superstruktur, struktur dan sendi-sendi kehidupan manusia khususnya ke dalam institusi keluarga. Apabila pekara sebegini berlaku, ini menjadikan hala tuju institusi keluarga semakin berat tanggungjawab dan mencabar dalam menghadapi zaman globalisasi ini.    Fenomena ini juga telah membawa impak kepada pendidikan moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang berfokuskan kepada keluarga islam iaitu institusi keluarga.  Ini dapat dilihat apabila pelbagai pengaruh isme ‘hadir’ke dalam masyarakat Melayu  menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT), ini disokong juga dalam buku berjudul Future Shock (1970),oleh Toffler iaitu membayangkan perubahan pesat dalam teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi,keruntuhan institusi keluarga akan menyebabkan berlakunya kejutan budaya kepada masyarakat maju dan juga kalangan masyarakat membangun. Kesan sosial-moral ini telah memberi kesan yang amat parah sehingga telah meresapi  jiwa dan jati Melayu sama ada di Bandar ataupun luar Bandar. Jika dilihat statik peningkatan kes  masalah sosial ini, membuktikan bahawa sememangnya masyarakat  Melayu ini kini berada di tahap yang sangat membimbangkan. Perubahan-perubahan sosial ini merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar pembangunan pertumbuhan teknologi.  Menurut Nel noddings (1992) dalam buku Ghazali dan Yusfarina (2001) menyatakan bahawa faktor kelemahan pendidikan moral berpunca dari ‘shallow education response to deep social change’.  Menurut beliau ‘deep social change’ ialah pola pekerjaan, ketidakstabilan rumah tangga, gaya kehidupan dan keluarga yang mementingkan keseronokan, tabiat yang lebih cenderung bersifat lucah dari segi berpakaian dan cara bercakap serta bertingkah laku.  Perbandingan boleh dilihat antara scenario pendidikan moral dalam masyarakat melayu pascamoden dan moden kini. Masyarakat melayu pascamoden iaitu sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya Melayu yang belum lagi dicemari oleh kebudayaan barat.  Pada zaman itu juga,  Pendidikan moral Melayu tidak terpisah daripada ajaran islam.  Contohnya, pada zaman pemerintahan kesultanan melayu dipengaruhi sistem sosial dalam masyarakat melayu iaitu para ulama dan guru-guru agama memainkan peranan memberi kesan terhadap sesebuah institusi. Peranan masyarakat juga turut menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan moral seisi keluarga.  Selain itu juga, sebelum kedatangan pengaruh luar,masyarakat melayu sangat terkenal dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi serta terpuji.  Namun kini, masyarakat Melayu sudah cacamarba kerana mereka lebih mementingkan faktor-faktor dalaman seperti taraf pendidikan, budaya hidup keluarga,kawasan tempat tinggal,taraf hidup dan sebagainya.  Oleh hal, demikian peranan ibu bapa sebagai pendidik moral dalam keluarga dilihat sangat lemah, tidak jelas dan terhakis dalam institusi keluarga.  Hal ini kerana kurangnya pengetahuan dalam pendidikan moral yang tidak berasaskan islam sebenar.  Contoh lain ialah pendidikan moral melayu yang dianggap bersifat peribadi, sahaja kerana sudah hilang nilai silaturahim dan suka tolong menolong di kalangan masyarakat. Disamping itu juga terdapat pengaruh asing yang lilihat sangat berbahaya kepada masa depan beragama masyarakat Melayu yang kini telah diresapi elemen kehidupan permodenan dalam pelbagai aspek seperti berekonomi, berpolitik bersosial dan beragama. Kesan negatif daripada pengaruh dunia yang berbentuk materialistik serta modenisasi ini menyebabkan  ibubapa sehingga semakin lupa akan tanggungjawab keluarga.  Tatkala pengaruh modenisasi ternyata begitu cepat menular ke seluruh kehidupan bermasyarakat khususnya institusi keluarga.  Institusi keluarga kini semakin goyah dan parah.  Buktinya, sejarah telah bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas nama modenisasi dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nucklear family). Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat melayu islam tiada pilihan lain, melainkan menghadapi dengan segala persediaan kekuatan jati diri dan berusaha untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam institusi keluarga adalah merupakan institusi yang paling utama dalam menyalurkan perubahan positif.   Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalamalam dewasa. Disamping cabaran pendidikan moral semakin dihimpit dengan nilai materialism dan hendonisme, institusi keluarga harus berkerja keras memainkan peranan dalam mengembalikan jati diri masyarakat islam yang sebenarnya.  Oleh hal demikian, disinilah perlunya peranan institusi sosial yang lain dalam melaksanakan konsep kawalan sosial.  Kawalan sosial iaitu terdiri daripada tanggungjawab dari setiap anggota masyarakat.  Menurut Kamal (1989) berdasarkan model yang dipaparkan maka boleh dilihat seperti yang diutarakan oleh al-Ghazali dan Rousseau dalam Emile bahawa keluarga itu tunggak kepada pendidikan dalam moral masyarakat.  Menurut beliau lagi, dalam model pendidikan moral keluarga melayu islam perlu ada lima pekara iaitu sesebuah keluarga harus menjadi ‘the driving force’ dan memberikan ‘guiding ideas’ kepada anak-anak tambahan lagi di zaman ICT ini kerana pengetahuan anak-anak mestilah melengkapi ilmu akhirat dan duniawi.  Sehubungan dengan itu,  Ibubapa mestilah berpengetahuan yang tinggi mengenai teknologi pengkomputeran serta berupaya melayari internet dalam memberikan mereka contoh mudah dalam kehidupan.  Disamping itu ibubapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak mengenai bagaimana menghadapi perubahan dan cara untuk menangani, dan bukan hanya mengarah tanpa mempraktikkan kepada anak-anak.  Selain itu, ibubapa harus dijadikan diri mereka sebagai penjana kreativiti emosi untuk memantau maklumat yang anak-anak terima tambahan lagi pada zaman ICT ini. Seterusnya, bagi melahirkan institusi keluarga yang cemerlang dalam keluarga mesti bijak dalam ‘family management’ iaitu kebiasaanya ibubapa biarkan anak-anak sendiri belajar mengurus keluarga melalui ‘trial and error’ atau ‘ far-end technique’ tanpa memberikan panduan.

Penutup.
Rumahtangga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk membimbing anak-anak.





                                                                                                                                        









Rujukan.
https://docs.google.com jurnal masyarakat melayu islam.  Diambil pada 06 nov 2012.


No comments:

Post a Comment