Thursday, 8 November 2012

huraian jurnal


SCENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT):TREND, HALA TUJU DAN MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA ISLAM.
Jurnal ini menjelaskan mengenai scenario pendidikan moral  dan impaknya dalam kalangan masyarakat  Melayu  pada zaman teknologi komunikasi ict  di era globalisasi yang berfokuskan   trend,hala tuju dan model pendidikan moral dalam keluarga islam masyarakat melayu.  Penulis berpendapat bahawa agama islam dalam masyarakat melayu sudah hampir kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran.  Ini dapat dilihat apabila masyarakat melayu semakin meminggirkan cara hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Globalisasi hadir dengan membawa fenomena dengan pakej isme yang bertali-tali.  Isme-isme inilah yang menyerang dan meresap ke seluruh superstruktur, struktur dan sendi-sendi kehidupan manusia khususnya ke dalam institusi keluarga. Apabila pekara sebegini berlaku, ini menjadikan hala tuju institusi keluarga semakin berat tanggungjawab dan mencabar dalam menghadapi zaman globalisasi ini.    Fenomena ini juga telah membawa impak kepada pendidikan moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang berfokuskan kepada keluarga islam iaitu institusi keluarga.  Ini dapat dilihat apabila pelbagai pengaruh isme ‘hadir’ke dalam masyarakat Melayu  menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT), ini disokong juga dalam buku berjudul Future Shock (1970),oleh Toffler iaitu membayangkan perubahan pesat dalam teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi,keruntuhan institusi keluarga akan menyebabkan berlakunya kejutan budaya kepada masyarakat maju dan juga kalangan masyarakat membangun. Kesan sosial-moral ini telah memberi kesan yang amat parah sehingga telah meresapi  jiwa dan jati Melayu sama ada di Bandar ataupun luar Bandar. Jika dilihat statik peningkatan kes  masalah sosial ini, membuktikan bahawa sememangnya masyarakat  Melayu ini kini berada di tahap yang sangat membimbangkan. Perubahan-perubahan sosial ini merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar pembangunan pertumbuhan teknologi.  Menurut Nel noddings (1992) dalam buku Ghazali dan Yusfarina (2001) menyatakan bahawa faktor kelemahan pendidikan moral berpunca dari ‘shallow education response to deep social change’.  Menurut beliau ‘deep social change’ ialah pola pekerjaan, ketidakstabilan rumah tangga, gaya kehidupan dan keluarga yang mementingkan keseronokan, tabiat yang lebih cenderung bersifat lucah dari segi berpakaian dan cara bercakap serta bertingkah laku.  Perbandingan boleh dilihat antara scenario pendidikan moral dalam masyarakat melayu pascamoden dan moden kini. Masyarakat melayu pascamoden iaitu sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya Melayu yang belum lagi dicemari oleh kebudayaan barat.  Pada zaman itu juga,  Pendidikan moral Melayu tidak terpisah daripada ajaran islam.  Contohnya, pada zaman pemerintahan kesultanan melayu dipengaruhi sistem sosial dalam masyarakat melayu iaitu para ulama dan guru-guru agama memainkan peranan memberi kesan terhadap sesebuah institusi. Peranan masyarakat juga turut menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan moral seisi keluarga.  Selain itu juga, sebelum kedatangan pengaruh luar,masyarakat melayu sangat terkenal dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi serta terpuji.  Namun kini, masyarakat Melayu sudah cacamarba kerana mereka lebih mementingkan faktor-faktor dalaman seperti taraf pendidikan, budaya hidup keluarga,kawasan tempat tinggal,taraf hidup dan sebagainya.  Oleh hal, demikian peranan ibu bapa sebagai pendidik moral dalam keluarga dilihat sangat lemah, tidak jelas dan terhakis dalam institusi keluarga.  Hal ini kerana kurangnya pengetahuan dalam pendidikan moral yang tidak berasaskan islam sebenar.  Contoh lain ialah pendidikan moral melayu yang dianggap bersifat peribadi, sahaja kerana sudah hilang nilai silaturahim dan suka tolong menolong di kalangan masyarakat. Disamping itu juga terdapat pengaruh asing yang lilihat sangat berbahaya kepada masa depan beragama masyarakat Melayu yang kini telah diresapi elemen kehidupan permodenan dalam pelbagai aspek seperti berekonomi, berpolitik bersosial dan beragama. Kesan negatif daripada pengaruh dunia yang berbentuk materialistik serta modenisasi ini menyebabkan  ibubapa sehingga semakin lupa akan tanggungjawab keluarga.  Tatkala pengaruh modenisasi ternyata begitu cepat menular ke seluruh kehidupan bermasyarakat khususnya institusi keluarga.  Institusi keluarga kini semakin goyah dan parah.  Buktinya, sejarah telah bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas nama modenisasi dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nucklear family). Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat melayu islam tiada pilihan lain, melainkan menghadapi dengan segala persediaan kekuatan jati diri dan berusaha untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam institusi keluarga adalah merupakan institusi yang paling utama dalam menyalurkan perubahan positif.   Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalamalam dewasa. Disamping cabaran pendidikan moral semakin dihimpit dengan nilai materialism dan hendonisme, institusi keluarga harus berkerja keras memainkan peranan dalam mengembalikan jati diri masyarakat islam yang sebenarnya.  Oleh hal demikian, disinilah perlunya peranan institusi sosial yang lain dalam melaksanakan konsep kawalan sosial.  Kawalan sosial iaitu terdiri daripada tanggungjawab dari setiap anggota masyarakat.  Menurut Kamal (1989) berdasarkan model yang dipaparkan maka boleh dilihat seperti yang diutarakan oleh al-Ghazali dan Rousseau dalam Emile bahawa keluarga itu tunggak kepada pendidikan dalam moral masyarakat.  Menurut beliau lagi, dalam model pendidikan moral keluarga melayu islam perlu ada lima pekara iaitu sesebuah keluarga harus menjadi ‘the driving force’ dan memberikan ‘guiding ideas’ kepada anak-anak tambahan lagi di zaman ICT ini kerana pengetahuan anak-anak mestilah melengkapi ilmu akhirat dan duniawi.  Sehubungan dengan itu,  Ibubapa mestilah berpengetahuan yang tinggi mengenai teknologi pengkomputeran serta berupaya melayari internet dalam memberikan mereka contoh mudah dalam kehidupan.  Disamping itu ibubapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak mengenai bagaimana menghadapi perubahan dan cara untuk menangani, dan bukan hanya mengarah tanpa mempraktikkan kepada anak-anak.  Selain itu, ibubapa harus dijadikan diri mereka sebagai penjana kreativiti emosi untuk memantau maklumat yang anak-anak terima tambahan lagi pada zaman ICT ini. Seterusnya, bagi melahirkan institusi keluarga yang cemerlang dalam keluarga mesti bijak dalam ‘family management’ iaitu kebiasaanya ibubapa biarkan anak-anak sendiri belajar mengurus keluarga melalui ‘trial and error’ atau ‘ far-end technique’ tanpa memberikan panduan.

Penutup.
Rumahtangga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk membimbing anak-anak.





                                                                                                                                        









Rujukan.
https://docs.google.com jurnal masyarakat melayu islam.  Diambil pada 06 nov 2012.


kenapa pelajar tidak berminat dengan pEnd Moral?


Pengenalan.
Malaysia merupakan Negara berbilang bangsa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, kebudayaan, kepercayaan, bahasa dan kegiatan ekonomi.  Pada tahun 2012 ini jumlah penduduk telah menjangkau 28.3 juta orang penduduk.  Oleh itu, Bagi mewujudkan masyarakat harmonis dan prorgresif, nilai-nilai murni seperti kesederhanaan, hormat menghormati, saling mempercayai, keikhlasan adalah penting dan seharusnya menjadi amalan hidup bagi setiap warga Negara Malaysia.  Dengan ini, laporan jawatankuasa kabinet 1979 yang mengkaji dasar pelajaran 1979 (pekara 36) telah mengajukan pendidikan Moral dijadikan satu mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan islam manakala pendidikan islam diwajibkan dikuti pelajar beragama islam.  Tujuan Pendidikan moral di sekolah adalah untuk membantu pelajar-pelajar mempertimbangkan tingkah laku yang biasa diamalkan kepada kebolehan membuat keputusan, mengambil tindakan moral yang bebas dan tersendiri serta membolehkan mereka bertindak apabila menghadapi satu situasi moral.

Pekara.
Namun begitu,terdapat ugutan juga daripada murid yang menyatakan pendidikan moral ini bosan, dan kurang berminat telah menjadi persoalan bagaimana boleh terjadi hal seperti itu.  Faktor  pendorong pertama hal demikian adalah kerana mereka beranggapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara formal mahupun informal ini kerana mereka telah mendapat maklumat awal moral yang telah diterapkan sejak mereka kecil hingga lah dewasa.  Disebabkan hal tersebut, Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasakan yang pendidikan moral dianggap sudah tidak penting diajar di dalam kelas lagi. 
Selain itu,  maklumat pendedahan secara terperinci mengenai tujuan pendidikan moral diajarkan di sekolah juga berkurangan menjadi salah satu punca mengapa mereka tidak mengambil berat tentang mata pelajaran ini. Tambahan lagi memang terdapat  pengaruh daripada rakan sebaya juga telah mendorong kepada penularan tidak berminat dalam mata pelajaran ini.  Hal ini kebiasaaannya berlaku dalam satu kumpulan iaitu sekiranya terdapat ketua atau rakan yang tidak mahu pelajari mata pelajaran moral ini, maka pelajar lain pun akan turut serta sekali.  Selain itu, silibus Pendidikan Moral yang diajarkan oleh guru hanya mengajarkan pengajaran yang semua pekara serta berulang-ulang dan telah diketahui serta pekara yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Oleh hal demikian, mereka berasa bosan kerana terpaksa mendengar pekara yang sama setiap kali proses pengajaran berlaku tanpa ada aktiviti yang mencabar minda.  Selain itu, pada zaman moden ini, penyampaian dan penerimaan maklumat dengan mudah dan cepat sudah mudah diperolehi tidak kira masa dan tempat.   Dengan ini, mereka berfikir bahawa pengetahuan maklumat sebegini boleh dicari dalam kemudahan teknologi iaitu internet  Menurut shahrom (2001), dunia sudah memasuki fasa terakhir gelombang ketiga yang bermula seawal 1950-an iaitu gelombang teknologi maklumat (IT ). Ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi merupakan suatu gerakan antarabangsa untuk mewujudkan perkampungan global. 
“….jaringan teknologi informasi yang berlaku dalam semua bidang kehidupan telah menjadi sesuatu yang bersifat  ‘transparan’ dan ‘maya’, tatlaka tidak ada lagi kategori-kategori  moral yang mengikatnya,tatkala tidak ada lagi ukuran-ukuran nilai yang mengikatnya…”
Selain itu teknik pengajaran yang kurang berkesan dan tidak menarik yang disediakan oleh guru. Chong Yee pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan waktu pendidikan moral sama untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain bukan akademik . Ini berpunca daripada ramai guru yang mengajar pendidikan moral terdiri daripada mereka yang tidak membuat pengkhususan dan kurang berminat untuk mengajar mata pelajaran atau tidak tahu kaedah yang sebenar.  Ini jelas menunjukkan didapati sesetengah guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral ini tidak menerima latihan kursus, ini dapat dilihat pada cara pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan iaitu secara sambil lewa dan tidak menitik beratkan bahan pengajaran yang akan diajarkan di dalam kelas, seterusnya menyebabkan keputusan mata pelajaran pendidikan moral jatuh merudun. Kesan jatuhnya  markah pelajar ini menjadikan pelajar kurang yakin dengan pengajaran guru, Impaknya, menambahkan lagi tahap kurang berminat pelajar ke atas mata pelajaran ini. 
Sama juga keadaan apabila guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral yang walaupun datangnya  daripada guru yang mendapat latihan perguruan tetapi berlainan opsyen, bertujuan bagi memenuhi ruang kosong disekolah.  Ini boleh terjadi kerana konsep-konsep yang terkandung di dalam sukatan pelajaran ini adalah abstrak dan guru sendiri akan menghadapi masalah untuk menterjemahkan konsep dan nilai ini kepada pelajar. Malah menurut Nodding (1998) menjelaskan bahawa sestengah guru yang membuat pengkhususan sesuatu mata pelajaran juga kadang-kadang mempunyai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang masih cetek.
 Mata pelajaran ini diajarkan khusus untuk pelajar bukan islam yang kebanyakkannya terdiri daripada bangsa cina dan india tetapi guru yang ada kini di pasaran kebanyakan guru berbangsa melayu, Oleh itu penyampaian pengajaran kepada pelajar kemungkinan juga tidak jelas disebabkan ketidakfahaman bahasa secara keseluruhan seterusnya terlepas maklumat konsep penting dalam mata pelajaran ini.
 Berbanding pula masalah bagi guru yang bukan berbangsa melayu pula menghadapi masalah penggunaan Bahasa Malaysia dengan  tersekat-sekat semasa menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar,  akibatnya pelajar berasa bosan kerana tidak faham dan kurang berminat untuk mengetahui secara mendalam pengajaran yang disampaikan oleh guru.  Dalam perspektif lain konsep pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menyemai nilai-nilai moral diajarkan secara tradisioanal iaitu hanya berpusatkan guru semata-mata tidak melibatkan pelajar juga menjadikan pengajaran ini semakin membosankan tambahan lagi konsep pengajaran ini sudah ada dalam diri mereka.
 Guru tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman terhadap pembelajaran kerana pengajaran mata pelajaran ini memokuskan pada konsep penting yang menyatukan pembelajaran dan kehidupan dan bukannya hanya berfokuskan topik-topik yang tidak penting dan faedah yang diperoleh hanyalah sedikit oleh pelajar.  Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) ,kita boleh merancang menghasilkan satu kurikulum yang lengkap dan sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan, maka usaha murni tersebut akan menjadi sia-sia.
Langkah mengatasi.
Kajian semasa membuktikan bahawa pengetahuan kandungan guru merancang dan mengajar sesuatu pengajaran.  Dalam projek penyelidikan The Knowlwdge in teaching yang dipelopori oleh Shulman dan rakan-rakan meninjau pengaruh pengetahuan kandungan terhadap keberkesanan pengajaran, Shulman  (1987) Pelaksanaan pendidikan nilai dalam mata pelajaran di sekolah amat bergantung kepada strategi di bilik darjah.  Guru harus mengetahui dan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran nilai yang sesuai yang baik dibincangkan dalam bidang ini.  Walaupun ada pihak yang mendakwa nilai tidak boleh diajar, tetapi nilai sebagai satu bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada umumnya boleh diajar dan perlu dipelajari.    Sebagai satu domain efektif, nilai boleh dipelajari dengan pelbagai cara.  Jika aktiviti pembelajaran bersifat praktikal dapat dilaksanakan dengan melibatkan pelajar, maka pembelajaran nilai akan menjadi lebih bermakna dan berkesan untuk dikuasai pelajar.  Pembelajaran nilai yang bersifat pragmatik melibatkan proses membuat keputusan dan proses menilai yang memerlukan pelajar berfikir secara rasional dan objektif. Tanggungjawab guru pendidikan moral bukan sahaja meningkatkan keupayaan berfikir tetapi meliputi semua potensi pelajar seperti dihuraikan konsep. Dengan ini, guru harus peka kepada keperluan pelajar.
            Pendekatan dilema moral sebagai contoh akan juga mendedahkan pelajar kepada kecekapan dan kemahiran dalam membuat pertimbangkan dalam membuat keputusan.  Pelajar juga dikehendaki prihatin terhadap tindak tanduk mereka, terutama yang melibatkan soal-soal emosi.  Pendekatan pembelajaran reflektif, inkuiri penemuan, self-realization, taakulan nilai, kaedah renungan, meditasi, diari kemoralan, penilai kendiri boleh digunakan bagi menimbulakan kesedaran dan keinsafan di kalangan pelajar.  Kaedah-kaedah seperti syarahan, brainstorming, kaunseling kelompok, perbincangan kumpulan boleh memberi kesan tertentu kepada pembelajaran afektif dan nilai.  Penyampaian mesej yang berkesan tentang maklumat mengenai soal dan isu kemoralan, etika, nilai, dan akhlak amat penting.  Ini bagi membolehkan generasi muda mempelajari sesuatu yang bermakna dan bernilai sebagai satu proses pembentukan.
 Menurut Downey dan Kelly (1982) menengaskan tentang kepentingan guru untuk bertanggungjawab dan memberikan perhatian terhadap apa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, penggubalan bahan meliputi bahan bacaan, bahan rujukan, bahan pengajaran dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru khususnya pendidikan moral mestilah berubah untuk memantapkan perkembangan pengajaran guru di dalam kelas. Guru seharusnya meluaskan penggunaan pelbagai bahan yang berdasarkan kepada isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara.  Pengantungan buku teks semata-mata akan menyebabkan guru tidak peka kepada perlunya bahan pengajaran lain untuk membaiki kualiti pembelajaran di sekolah.  Ketandusan nilai-nilai murni dan unsur-unsur pengajaran dalam bacaan matapelajaran di sekolah hambar ;fakta-fakta kaku,beku dan tidak menarik perhatian pelajar.
Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) Kelemahan pengajaran guru pula dipengaruhi oleh pelbagi faktor seperti tahap kecekapan, masalah penilaian moral, kekurangan minat dan komitmen guru, ketidakserasian nilai iaitu masalah incompatibilities of values di sekolah dan luar sekolah.  Oleh itu, pelbagai cara telah diambil untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru.  Misalnya dalam rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) R1996-2000, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk meninggikan tahap kecekapan guru seperti mempertingkatkan semangat berpasukan dan pencapaian guru dengan menyemak semula skim perkhdmatan dan memberikan insentif yang sesuai serta mengenalpasti ganjaran dan pengiktirafan sebagai dedikasi kepada guru-guru untuk meningkatkan kebajikan mereka keseluruhan. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1996:hlm.3)

Terdapat sesetengah masyarakat mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep moral serta cara-cara membuat penaakulan kan diperolehi oleh pelajar-pelajar dengan sendirinya menerusi pengalaman yang diterima dirumah dan disekolah.  Jika hal itu benar, kenapa kita perlu mengadakan satu program pendidikan moral yang formal disekolah.? Walaubagaimanapun, perubahan gaya hidup di kalangan pelajar kini berlaku dengan ketara  kerana pelajar ini dialuri dengan perubahan sosial.  Perubahan sosial remaja telah mengubah nilai dan tradisi hidup tradisional.  Kemunculan nilai-nilai baru dalam sistem masyarakat remaja telah membentuk satu budaya seronok bertentangan dengan budaya masing-masing.  Oleh hal demikian, perubahan terhadap nilai hidup juga telah bertukar gaya pemikiran pelajar terhadap diri dan orang lain di sekelilingnya
Kini, betapa penting nilai akhlak dan pendidikan moral hingga boleh menjadi faktor penentu jatuh bagunnya sesuatu kaum,  bangsa ataupun Negara.  Ia menjadi penentu hala tuju sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai kemanusiaan.  Petikan sebuah syair berbunyi (Mohd. Kamal,1988) ;
          
  “Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya sudah
rosak, sirnalah bangsa itu.”
Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ewing (1990) melaporkan bahawa kelemahan moral di kalangan kanak-kanak dalam melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa pekara itu salah tetapi berpunca dari tiadanya perasan terhadap kebajikan orang lain. Oleh itu, perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal kehidupan individu itu.  Dan manakah lagi tempat yang lebih sesuai selain sekolah disemai benih yang baik iaitu daripada sesebuah insitusi kekeluargaan.  Ia seperti melengkapi sebuah kereta kebal lengkap dengan perisai sebelum melangkah ke medan perang. 













Rujukan.                                                                                                
Abdul Rahman Abd.Rashid (2001) .Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala Lumpur :Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abu bakar (2006) Tahap keberkesanan Pendidikan Moral. Perak :Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia.
Hena Mukherjee (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Selangor :Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Abd.Shatar Rahman (2007). Pengetahuan Kandungan Pedagogi Guru Pendidikan Moral
Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah. Tesis Doktor Falsafah :Universiti Malaya.