saya ingin menjelaskan kepada anda yang sering kali membunuh cicak dengan kata “Bunuh cicak itu sunnah.” Saya tidak menolak bahawa bunuh cicak itu sunnah, namun persoalannya “Cicak mana yang harus anda bunuh?”
Dari Abu Hurairah ؓ , dia berkata : Rasulullah ﷺ bersabda :
Barangsiapa membunuh wazagh(cicak) dalam pukulan pertama, maka ia memperoleh sekelian kebaikan, barangsiapa membunuhnya dalam pukulan kedua, maka ia memperoleh sekelian kebaikan tetapi di bawah yang pertama. Kemudian kalau dia dapat membunuhnya dalam pukulan ketiga, maka ia memperoleh sekelian kebaikan.”
Dalam riwayat lain disebutkan :
“Barangsiapa yang membunuh wazagh(cicak) pada pukulan pertama, maka dicatatlah untuknya seratus kebaikan dan dalam pukulan kedua kurang dari itu dan dalam pukulan ketiga kurang dari itu.”
[HR Muslim : 2240]
Nanti dulu, jangan anda ambil lestik untuk bunuh cicak sekarang.
Ahli bahasa Arab berkata : arti wazagh(dalam hadis asal arabnya, namun saya tidak sempat mahu menulisnya di sini) ialah sejenis sam abrash(cicak blirik) yang lebih dikenali dengan nama tokek. Jadi bukan cicak yang lazim berada di rumah kita ini. Lihat dalam Riyadhus Salihin. Nah, cubalah anda cari cicak tokek(seperti gambar di atas) ini dan bunuhnya, insha-Allah anda dapat kebaikan. Dan bukannya di rumah anda itu ya. Lihat Riyadhus Salihin. Wallahu alam.
Mengapa Bunuh Cicak Ini?
Dari Ummu Syarik bahawa Rasulullah memerintahnya untuk membunuh cicak dan beliau bersabda:
Mengapa Bunuh Cicak Ini?
Dari Ummu Syarik bahawa Rasulullah memerintahnya untuk membunuh cicak dan beliau bersabda:
"Cicak itu dahulu pernah meniup api (yang membakar ) Ibrahim."
[HR Bukhari (3359) dan Muslim (2237)]

No comments:
Post a Comment