Hidup ini akan sentiasa diuji Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan
masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian)
sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan
Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Surah AlBaqarah : Ayat 214)
Di sini Allah AJARKAN, Tentang MASA..Tentang SABAR, Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU,
itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita sudah lupa..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat pada Dia dan jika Allah tahu kita mampu,siapa kita untuk MENIDAKKAN kebijaksanaanNya?
Dan di saat itu..”CUBA KAMU LIHAT LANGIT“..subhanAllah, cantiknya langit, biru sebirunya…“Ya Rabbussamawati wal ardh” LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru”, manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..
>>> Lihat luar jendela, cantikkan LANGIT Allah? Sedang langitNya begitu indah, tentu Allah lebih TERSANGAT CANTIK..
Jika kamu INGIN lihat Allah, kena RAJIN, rajin MENGHAYATI ILMU
Dia..menerusi ilmu itu kita dapat kenali Dia, kerana ada yang
kata..tidak kenal maka tidak cinta..maka jika tidak cinta, mungkinkah LAYAK diri ini bertemu denganNya?


No comments:
Post a Comment