Artikel
ini tidak ada kaitan dengan diriku yang 'muda remaja' dan masih
'single' ini. Cuma, sekadar perkongsian artikel yang mungkin boleh
diambil sedikit ibrahnya dari cerita sepasang suami isteri di malam
pertama perkahwinan mereka.
Di malam yang hening, merupakan
malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan
pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang
mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.
Alam
bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di
perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam
ini.
Satu yang mengesankan ialah
inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan
lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah
debaran malam pertama bagi mereka.
Sebelum ini , mereka tidak
pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga
masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan, tidak pernah
mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu
perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang
pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut. Si suami
membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh? bisik isterinya..di
malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih
aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong, agak
lama. Sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu.
Alangkah terkejutnya , suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan
sujud,dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.
Dia tahu! apa yang dilakukan
oleh suaminya..dan dia akur...itulah CINTA suaminya yang sejati...dia
tidak perlu cemburu dengan cinta itu. Ataupun dia pernah berfikir
walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan CINTA
suaminya di bilik kosong itu..
Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)
Isteri : Ramai kan yang berniqab...
Suami : Kerana Awak ada Agama.
Isteri : Ramai kan yang ada Agama...
Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang
saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu
saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak
..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk
memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu
selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik....
Suami : Baiklah beristerikan
perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama
dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki
isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi
jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi
adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram
mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka
kelak...Wana'uzubillah..
Isteri : Saya juga ingin cantik...
Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan...
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya kurang faham... dimana alat-alat 'mekap'nya?
Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima
waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada
suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada...nanti sekejap..
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ".
(ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa
wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan
ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini
dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur "
(ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita-
terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami
mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka
sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)
Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..
Suami: Baiklah...tunggu sekejap
saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani ,
sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya
ceritakan tadi...ingatkah?
Isteri : Oh..ada-ada, ingat....
Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda :
dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah
Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera,
kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka
dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka
daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata :
kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami
memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal
–didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang
redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami
(dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi :
Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang
lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan
dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas
kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat
masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga ,
maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .
Isteri : Alhamdulillah ..baru
saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan
ciri-ciri dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan
menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan
ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat
yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai
dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak
atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita
diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya ,
orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping
berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih
menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam
syurga ?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya ..saya juga muzakarah
dengan awak , lagi satu...bidadari syurga yang bukan dari kalangan
isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?
Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah
seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka
bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah
kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar
lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).
Isteri : Wah....saya amat takut
jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak
dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama
adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur
dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan
imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Isteri
: Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih
abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya
dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan
sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan
diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak
mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah
esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta
Blogger Muslim 24 Jam tolong buatkan artikel!
Isteri : Asyik-asyik Muslim 24 Jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!
Suami : Selamat membaca ya
pengunjung Muslim 24 Jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan
link Muslim 24 Jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy
paste ja... =)
Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman (dari http://u-jam.blogspot.com/)
Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar



No comments:
Post a Comment