Monday, 21 November 2011

Tiada Kuman Pada Kucing sebenarnya...



  • 74
     
    Share
so many cases of abuse serial cat killer loose in redhill thumbnail Tiada Kuman Pada Kucing
Kadang-kadang, kesal dengan sesetengah sikap masyarakat kita yang mengangap kucing sebagai makhluk perosak seperti tikus. Nak pegang pun takut sebab risau ada bakteria pembawa penyakit. Yang takut tu tak apa lagi, ada yang tendang-tendang macam bola pulak tu. Apa la nasib kucing-kucing ni diluar sana.
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, kucing jarang sekali adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman ada, ia bermakna kucing itu akan sakit. Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing.
Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah mengatakan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, takungan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak mendekati dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tiada kuman pada tubuh kucing.
4885211440 e3468e44d9 z Tiada Kuman Pada Kucing
Inilah bukti bahawa mengapa al-quran melarang umat islam menyentuh anjing. Berbalik kepada kucing pula, masyarakat kita telah mendidik anak-anak sejak kecil supaya tidak menyentuh kucing dengan alasan kotor dan bulunya yang mudah tertanggal.
Syukurlah saya dibesarkan dalam rumah yang dipenuhi kasih kayang kucing. Setiap telatah mereka membuat saya sangat menyayangi mereka. Selamatkan Kucing-Kucing Malaysia.

No comments:

Post a Comment