Monday, 28 November 2011

aku di uji lagi


maafkan anak mu ayah dan ibu..
anakmu ini hari ini hampir berputus asa untuk meneruskan impian berada di menara gading..
disaat anakmu ini jatuh tersungkur dibasahi hujan yang lebat,terbayang segala pengorbanan yang telah ayah dan ibu lakukan..
pilu bercampur serba hiba melihat keadaan anakmu ini memaksa kaki untuk terus melangkah jalan.

namun anakmu ini ttp kuat seperti "pohon buluh yang hidup selesa dalam rumpunnya terpaksa ditebang dan menderita kesakitan akibat dipotong.  dan akhirnya mengerti banyak kegunaan dirinya kepada manusia.Rasa sakitnya ternyata satu pengorbanan demi kebahagiaan orang lain."

DAN........
kita perlu kembali bahawa matahari sentiasa tetap bersinar. Sekiranyapada masa kini matahari ini mendung, bukan bererti matahari berhenti bersinar. Mungkin itu adalah kesempatan untuk berteduh walaupun sekejap ataupun tuhan mahu mengatakan sesuatu kepada kita, kerana sibuk dan tidak dapat mendengar suaranNYA dengan jelas. Sama ada cepat atau lambat, mendung tetap akan berlalu dan matahari tetap akan menunjukkan wajahnya kembali. walaupun mendung menjadi hujan pasti akan kelihatan membawa pelangi yang indah.

Seorang sufi pernah mengatakan ketika ujian melanda, jangan berdoa kepada tuhan supaya ujian itu berlalu tetapi berdoalah "Wahai yang maha pencipta berikanlah Hambamu ini kekuatan.

kAta2 ini lah.....yang telah menguatkan anak mu ini terus mara untuk mengenggam segulung kejayaan kepada ayah dan ibu sambil tersenyum suatu ari nnt.

No comments:

Post a Comment